Sunday, June 1, 2008
Bersatu kita teguh, bercerai kita hancur
Salam untuk Malaysia. Saya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Saya telah menabur bakti berkhidmat dalam Angkatan Tentera melebihi 25 tahun. Sekarang saya sedang berbakti untuk anak bangsa melalui perkhidmatan pendidikan di IPT. Saya tidak pernah jemu menjadi rakyat negara ini dalam apa jua keadaan sekali pun. Saya amat berdukacita sekarang ini Malaysia sedang dilanda krisis politik, yang berkemungkinan disebabkan kelemahan kerajaan yang memerintah. Pada pandangan saya kekuatan majoriti kaum melayu masih bersama kerajaan yang memerintah. Isu2 baru seperti Hindraf, DEB, politik wang, rasuah dsbnya yang kurang tegas ditangani kerajaan BN selepas era Dr Mahathir telah membuka ruang baru untuk parti politik pembangkang mempengaruhi rakyak yang kurang arif ataau berfikir panjang agar menyokong mereka pada PRU 12 lepas. Memang 5 negari jatuh kepada PR. Bagaimanapun, saya menyokong parti politik yang betul2 membela nasib semua rakyat, tidak kira parti politik apa sekalipun, pembelaan untuk rakyat yang masih jauh ketingalan dan banyak memerlukan pembelaan dalam serba bidang, iaitu kaum melayu khususnya. Pendirian ini jangan disalah ertikan saya sebagai racist. Saya juga amat prihatin akan pembelaan untuk kaum lain yang juga tertinggal dalam beberapa bidang tertentu. Saya mahu melihat malaysia terus maju sepertimana yang diusahakan oleh pemerintahan Dr Mahatir dahulu. Walaupun melayu terlalu banyak memberi ruang kepada kaum lain sebagai penghargaan atas apa jua pengorbanan mereka sejak merdeka dahulu, saya dapati kaum lain dari melayu amat tidak menghargai pengorbanan orang melayu. Orang melayu pun satu hal juga. Terlalu banyak peluang diberi oleh kerajajan tapi mereka terlalu ambil jalan mudah. Mereka lalai dan tidak menuntut ilmu dan mendapat kemahiran secukupnya. Sebab itu kaum lain tidak mengiktiraf 'ketuanan melayu'. Tapi melayu tak akan lupa asal usul sebenar orang2 bukan melayu ini yang ibarat 'diberi betis hendak peha'. Saya menyeru semua melayu di malaysia bersatu atas nama Islam demi servival melayu itu sendiri. Saya juga menyeru semua bukan melayu di malaysia agar lebih menghormati bumi yang anda pihak dan belajar menghormati dan menguasai bahasa kebangsaan kita demi identiti nasional. Pertahankanlah negara melalui penyertaan aktif dalam angkatan bersenjata walaupun gajinya kecil demi membuktikan semangat patriotisme anda. Janganlah bercakap lagi tentang hak anda di negara ini jika tidak sanggup mengadai nyawa untuk malaysia. Orang melayu sanggup berkorban untuk kemerdekaan, tapi orang bukan melayu amat berkira dan tidak berminat sebab gaji mempertahankan negara tidak tinggi. Baru sekarang bila kerajaan naikkan gaji baru nampak bukan melayu mula nak berjinak jadi orang kerajaan. Janaganlah memikirkan untung sahaja seperti sikap kiasu orang seberang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment